Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > MBM Keluarkan Etika Penggunaan Internet

MBM Keluarkan Etika Penggunaan Internet
1st January 2001 (TheStar)

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) telah melancarkan Etika Penggunaan Internet bagi mendidik masyarakat mengenai penggunaan teknologi Web itu dengan lebih beretika. Penyerahan etika tersebut dilakukan oleh Presiden MBM, Saifuddin Abdullah kepada pengerusi penaja Persatuan Pengusaha-pengusaha Kafe Siber, Peter Chew dan pengerusi penaja Persatuan Pencinta Internet Malaysia, Mohd Fahmi Omar, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saifuddin dalam ucapannya berkata, etika tersebut adalah langkah awal untuk mendidik masyarakat mengenai cara-cara menggunakan Internet untuk kebaikan. Ia digubal oleh sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar MBM, Norizan Sharif. "Etika ini akan disebarkan kepada umum melalui Internet dan pameran-pameran bergerak yang akan diadakan mulai awal Mei nanti,'' katanya.

Etika Penggunaan Internet itu mengandungi 14 salah laku penggunaan Internet yang antaranya ialah perbuatan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau rakyat negara luar. Katanya lagi, memandangkan kandungan Internet di negara ini tidak ditapis, MBM berharap pembekal.

Perkhidmatan Internet dan pengguna keseluruhannya dapat mengadakan kawalan kendiri bagi memastikan penggunaan Internet tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Sementara itu, Peter berkata, pendaftaran persatuannya yang dianggotai oleh ramai pengusaha kafe siber mendapat kelulusan secepat mungkin. Katanya, ini untuk memudahkan persatuan menetapkan peraturan-peraturan bagi dipatuhi oleh anggota -anggota.


Disclaimers and copyright information