Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > MBM Bantu Kerajaan Wujud Kafe Siber Kondusif

MBM Bantu Kerajaan Wujud Kafe Siber Kondusif
16th June 1999 (Komputer)

Kerajaan disaran menyegerakan pengenalan kod etika untuk pengguna Internet dalam usaha memastikan penggunaan yang lebih bermanfaat terutama bagi golongan belia. Sehubungan itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia membantu Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia dalam pelaksanaan itu kerana ia sendiri sudah memperkenalkan 20 perkara dalam etika yang diusaha kan. Melalui eitka itu, MBM juga menjadikannya syarat yang harus dipatuhi bagi permohonan pelekat logoSiber Mesra Belia (SBM) untuk siber kafe di negara ini, kata Presiden MBM, Saifuddin Abdullah.

"Melalui pengenalan logo itu, ia dapat membantu masyarakat mengenal pasti kafe siber yang kondusif kepada pembelajaran dan penyelidikan", katanya di majlis pelancaran Logo SMB pertama di Stesen Siber Heritage Corridor Sdn Bhd(SSHC), di Kuala Lumpur minggu lalu. Sebagai permulaan, logo itu akan dikeluarkan di kafe siber di sekitar Lembah Kelang sahaja yang mana sehingga kini kira-kira 50 pengusaha memohon mendapatkan pengiktirafan itu.

Setiap premis yang mendapat pengiktirafan itu perlu memperbaharui logo berkenaan selepas tamat tempoh setahun dengan bayaran RM30. Antara syarat yang MBM kenakan bagi meluluskan logo SMB ialah melarang laluan untuk ke laman web yang negatif termasuk laman pornografi; semua PC diletakkan di tempat terbuka; lokasi kedai tidak tersorok dan bebas rokok serta tidak mencampurkan aktiviti lain seperti permainan video dan snuker.

Selain itu, kafe berkenaan dikehendaki memiliki lesen perniagaan yang sah, diterangi secukupnya, tidak menjual minuman keras dan terletak di kawasan yang tidak mengganggu jiran. MBM akan mengawasi perjalanan kafe siber yang sudah diberi pengiktirafan SMB melalui unit peronda bandar yang disertai kira-kira 50 ahli MBM. MBM akan menarik balik pengiktirafan itu sekiranya berlaku penyelewengan seperti premis tidak dapat mengekalkan imej mereka.


Disclaimers and copyright information