Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > MyCERT Beri Amaran Cecacing Baru

MyCERT Beri Amaran Cecacing Baru
16th June 1999 (Berita Harian)

KUALA LUMPUR, Selasa - MYCERT, perkhidmatan yang disediakan Mimos Berhad untuk menangani kejadian keselamatan komputer dan pencegahannya, menerima satu aduan mengenai EXPLORER.ZIP, sejenis cecacing baru berbentuk kod berniat jahat yang membiak menerusi e-mel dan fail/lipatan.

Berikutan aduan itu, Mimos Berhad hari ini menasihatkan jabatan teknologi maklumat di semua pertubuhan dan semua pcngguna komputer supaya merujuk kepada pendokumentasian MYCERT mengenai bagaimana mengawal pembiakan cecacing itu.

Selepas mengeluarkan kesan cecacing itu, cecacing itu boleh 'menyerang semula' jika ada yang tidak betul dalam sesuatu pengkomputeran, kata Mimos Berhad dalam satu kenyataan di sini.

"Oleh itu, sentiasa pastikan perisian antivirus anda sentiasa dipasang, imbas setiap fail yang akan disimpan atau dibuang dalam PC (komputer peribadi) anda. Anda tidak harus bergantung kepada peringatan untuk mengemaskini senarai anda.

"Ada beratus-ratus virus seminggu dan beribu-ribu virus dalam sebulan. Oleh itu, pengemaskinian perlu selalu dilakukan," kata kenyataan itu. Cecacing EXPLORER.ZIP dipercayai ditemui buat pertama kalinya di Israel pada 6 Jun lalu.

Pusat Penyelaras CERT Amerika Syarikat menerima banyak aduan mengenai pembiakan cecacing itu mulai minggu kedua bulan ini. Kesan EXPOLORER.ZIP mungkin sama dengan kesan cecacing Melissa dan virus CIH tetapi pembiakannya lebih pantas dalam fail yang dikongsi dalam Windows 95 dan platform 98.

Menurut kenyataan itu MYCERT telah menghantar satu peringatan pada 11 Jun kepada senarai mel MYCERT dan menempatkannya dalam laman web MYCERT.

Walaupun MYCERT tidak menerima sebarang laporan rasmi, ia menjangkakan bahawa ini akan menyebabkan berlakunya 'wabak' besar dan pengguna yang mengalami tanda-tanda cecacing itu digalakkan mematuhi langkah-langkah yang disediakan da]am laman web MYCERT di alamat http://www.mycert.mimos.my untuk mengesan dan membuang program itu daripada PC mereka.

Pengguna juga perlu melaporkan kepada , pentadbir rangkaian ISP mereka jika menemui cecacing itu.


Disclaimers and copyright information