Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > Worm.Explore.Zip Lebih Kompleks, Merebak Melalui Peti E-mel

Worm.Explore.Zip Lebih Kompleks, Merebak Melalui Peti E-mel
16th June 1999 (Komputer)

Selepas bertungkus lumus hujung minggu lalu menangani virus mel elektronik(e-mel) terbaru dari Internet, pengurus sistem sedang bersedia minggu ini dalam menangani ancaman virus baru bila pekerja memulakan sistem. Virus Worm.Explore.Zip yang diedarkan melalui e-mel dan merosakkan fail dalam komputer, telah merosakkan beribu mesin tetapi belum merebak seluas virus Melissa akhir Mac lalu. Tetapi kerisauan dirasai Ahad lalu kerana saiz serangan ini mungkin kecil kerana ramai pekerja bercuti dan virus itu mungkin merebak semula bila pekerja kembali bertugas.

Kerisauan lain, menurut pakat antivirus ialah kesan baru yang dilaporkan di kalangan mesin yang dijangkiti dan bermakna virus itu lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan, kata Mark Zajicek, ahli Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer di University Carnegie Mellon, Pittsburg. Biro Penyiasatan Persekutuan cuba mengesan penulis virus itu tetapi agensi itu tidak mahu melaporkan sebarang penemuan baru dalam siasatan. Ia hanya mengambil masa beberapa hari bagi pihak berkuasa untuk mengesan jejak digital Melissa dan Chernobyl yang bertindak akhir April.

Virus terbaru yang dikesan pada 6 Jun di Israel, merosakkan sistem pada Khamis dan Jumaat lalu dengan menjangkiti komputer beberapa syarikat besar termasuk AT&T, Boeing, GeneralElectric dan Microsoft. Worm.Explore.Zip mensasar pada komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows. Virus itu merebak melaui e-mel melalui penerimaan fail dari rakan yang meminta fail dibuka. Virus itu merebak dengan menghantar salinan kepada orang lain dan merosakkan fail yang disimpan dalam komputer.


Disclaimers and copyright information