Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > Tiada Laporan Jangkitan worm.explore.zip

Tiada Laporan Jangkitan worm.explore.zip
23rd June 1999 (Berita Komputer)

KESAN virus Worm.Explorer.Zip, virus dengan cara beroperasi hampir sama dengan virus Melissa, tidak meningalkan kesan kerosakan seperti yang dilakukan virus Chernobyl baru-baru ini.

Syarikat pengeluar perisian antivirus tempatan, Extol berkata, kakitangan meja bantuan dan sokongan teknikal tidak menerima sebarang aduan kejadian serangan virus itu di Malaysia.

"Bagaimanapun, terdapat sejumlah panggilan daripada syarikat besar dan masyarakat umum yang prihatin dan meminta maklumat tambahan mengenai virus itu," kata syarikat pengeluar perisian antivirus Armour itu.

Manakala pengeluar perisian utiliti dan antivirus antarabangsa Symantec turut melaporkan tiada aduan serangan virus itu. Pengarah serantau Asia Tenggara Symantec, Ross Wilson berkata, "Symantec menerima beberapa panggilan tetepi pertanyaan bagaimana mendapat definisi terbaru virus itu sahaja.

"Virus itu sangat berbahaya dan Symantec sudah mengeluarkan bukan saja definisi virus itu tetapi juga alatan untuk mengatasi masalah itu di tapak webnya secara percuma," kata Wilson.

Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer (MYCERT) dalam satu kenyataan yang dipaparkan di tapak webnya juga menyedari kehadiran worm.EXPLORE.ZIP. "MYCERT hanya menerima satu aduan sehingga 15 Jun 1999.

Pusat koordinasi CERT di Amerika Syarikat menerima banyak aduan mengenai penyebaran virus itu bermula minggu kedua bulan ini. "MyCERT juga sudah mengeluarkan amaran kepada pengguna sejak Jumaat (11Jun) dalam senarai serta meletakkan notis nasihat di tapak web MYCERT," kata unit yang memantau aspek keselamatan perkomputeran di negara ini.

Worm.ExplorerZip, yang dikenali sebagai worm menghantar jawapan secara automatic dengan mesej "Hi (nama penerima) ! Saya sudah menerima e-mel anda dan segera membalasnya. Sehingga itu, lihat dokumen format zip."

Setiap mesej digabungkan dengan fail zip Zip-files.exe, yang jika diaktifkan akan memaparkan mesej kesilapan palsu pada pengguna manakala fail executable mengubah fail Win ini dengan mengarahkan PC mengaktifkan fail explorer.exe yang dihantar oleh virus itu bila sistem dimulakan semula.

Worm itu kemudian akan melakukan carian dalam cakera keras dan memadamkan fail dengan sambungan.c,.cpp,.asm,.doc,.sls, dan.ppt., iaitu semua fail yang dijana perisian Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint akan terpadam.


Disclaimers and copyright information