Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > Amaran Serangan Virus Komputer CIH/Chernobyl Hari Ini

Amaran Serangan Virus Komputer CIH/Chernobyl Hari Ini
26th June 1999 (Berita Harian)

Kuala Lumpur, Jumaat- Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer Malaysia(MyCERT) MIMOS Berhad(MIMOS) memberi amaran kepada pengguna komputer peribadi di negara ini supaya berwaspada dengan virus CIH/Chernobyl variasi 26 Jun, yang mungkin menyerang esok.

Kenyataan MIMOS hari ini menegaskan, mereka menjangka serangan lebih teruk berbanding kejadian pada 26 April lalu. Menurutnya, MyCERT sedang menjalankan penyiasatan dan membuat andaian wujud virus baru yang lebih teruk berbanding variasi sebelumnya.

Pengguna dinasihatkan memastikan perisian anti virus sentiasa berfungsi, selalu membuat pengimbasan terhadap fail yang ingin disimpan atau dibuang pada komputer peribadi. MyCERT juga menasihatkan pengguna supaya jangan bergantung sepenuhnya kepada pemberitahu kecemasan untuk mengemaskinikan senarai pada komputer mereka.

"Terdapat beratus-ratus virus baru setiap minggu dan beribu-ribu setiap bulan yang memerlukan usaha mengemaskinikan komputer peribadi pada setiap masa", katanya. Bagi membantu mengatasi kejadian itu, pengguna disaran supaya selalu mengunjungi laman nasihat MyCERT di http://mycert.mimos.my/back.html.


Disclaimers and copyright information