Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > Virus Internet tawar ``umpan'' kepada perisikan AS

Virus Internet tawar ``umpan'' kepada perisikan AS
Megabait (28th Mei 2001)

Satu virus komputer yang tersebar di Internet dalam bentuk e-mel dilihat sebagai satu umpan untuk menarik sistem pengawasan elektronik AS yang dikenali sebagai Echelon, kata sebuah syarikat keselamatan Internet, Sophos.

Virus tersebut variasi kepada ILOVEYOU yang menyerang komputer di seluruh dunia setahun lepas, mungkin merupakan cubaan membanjiri sistem pengawasan Echelon.

Sophos mendakwa virus itu mengandungi kod sumber beberapa perkataan yang boleh menarik perhatian pengintip, seperti ``assassination,'' ``motorcade,'' ``sabotage'' ``toxin,'' ``air command,'' ``Islamic revolution'' dan boobytraps.

Virus itu dikelaskan sebagai ``ulat.''

``Ia mengandungi banyak komen dalam kodnya yang tidak dipaparkan,'' kata Sophos.

Beberapa laporan berita mengatakan sistem Echelon dikendalikan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS yang tidak pernah mengakui atau menafikan kewujudan Echelon.

Baru-baru ini, para pegawai CIA dan NSA enggan berjumpa dengan penyiasat EU mendapatkan maklumat mengenai sistem pengintipan elektronik tersebut.

Negara-negara Eropah yang menyuarakan kebimbangan mengenai kewujudan Echelon sejak beberapa tahun lepas.

Kesatuan Eropah juga, terus mendesak mendapatkan perincian mengenai operasinya ketika tuduhan yang rangkaian pengintipan meluas AS telah digunakan untuk tujuan pengintipan perindustrian terhadap Eropah.- AFP


Disclaimers and copyright information