Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > Melhacker mahu lancar megaworm Scezda

Melhacker mahu lancar megaworm Scezda
http://www.emedia.com.my/Current_News/BH/Saturday/Komputer/20030111131814/Article/
11th January 2003 (Berita Harian)

SEORANG penulis virus yang mendakwa diri berpusat di Malaysia dan bersimpati dengan nasib malang dialami rakyat Iraq, mengancam untuk melepaskan satu cecacing mega (megaworm) sekiranya Amerika Syarikat melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iraq.

Penulis yang menggunakan gelaran �Melhacker� � nama sebenarnya dipercayai Vladimor Chamlkovic, dikatakan pernah menulis atau terbabit dalam pembangunan cecacing VBS.OsamaLaden-@mm, Melhack, Kamil, BleBla-.J, dan Nedal.

Bagaimanapun, dalam satu temu bual Rabu lalu dengan Computerworld, Melhacker mengesahkan laporan awal oleh IDefense bahawa beliau sudah membangunkan serta menguji megaworm; �tiga dalam satu�� yang nama kodnya dikenali sebagai Scezda.

Megaworm ini dikatakan menggabungkan ciri daripada cecacing terkenal iaitu SirCam, Klez, dan Nimda.

Melhacker berkata, produk ini adalah cecacing komputer internet yang paling hebat dan akan menyerang atau melancarkan cecacing ini sekiranya Amerika Syarikat menyerang Iraq.

�Cecacing ini sudah diuji sepenuhnya di makmal sejak Ogos lalu dan mengesahkan laporan perisik bahawa saya mempunyai kaitan dengan penulis virus Pakistan dan penceroboh sistem komputer Russia,� katanya.

Presiden dan Ketua Eksekutif IDefense, Brian Kelly berkata, walaupun Melhacker belum lagi membuktikan cecacing baru itu akan merebak, ia dijangka akan menjadi cecacing yang paling sukar untuk dihapuskan.

Katanya, IDefense sudah memberitahu pelanggannya mengenai potensi serangan cecacing itu di internet dan berharap organisasi akan membuat pemerhatian terhadap aliran trafik Internet atau e-mel yang mencurigakan sekiranya berlaku serangan ke atas Iraq.

�Sekiranya Melhacker berjaya kali ini, ia akan menjadi satu serangan yang serius pada internet,� katanya.


Disclaimers and copyright information