Home | Site Map | Search | Contacts
NISER > News > Maybank tidak kendali e-mel security

Maybank tidak kendali e-mel security
10th September 2003 (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) hari ini mengingatkan pelanggannya bahawa bank itu tidak mengendalikan e-mel yang beralamat .

Menurut satu kenyataan, pelanggan Maybank dinasihatkan supaya tidak mendaftar masuk ke dalam laman web yang mengandungi perkhidmatan e-mel itu.

``Jika pelanggan telah menghubungi laman web ini, mereka dinasihatkan supaya menukar kata laluan mereka serta merta dengan mengarahkan daftar masuk menerusi www.maybank2u.com,'' jelas kenyataan bank itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan menambah, bank tersebut mendapati pelanggan dan orang awam telah menerima mesej e-mel beralamat yang menasihatkan pelanggan Maybank mengaktif semula akaun mereka dengan tujuan memperoleh kata laluan secara tidak sah.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan Kumpulan Maybank di talian .


Disclaimers and copyright information